PENGENALAN

Lepasan STAM yang hanya mendapat MAQBUL masih mempunyai peluang kedua untuk ke UNIVERSITI AL AZHAR dengan mengikuti program PRA UNIVERSITI di Maahad Buuth AL AZHAR dan menimba pengalaman yang lebih bermanfaat untuk melengkapkan lagi persediaan untuk menghadapi sesi kuliah di Universiti AL AZHAR dengan lebih berkesan.

Saban tahun, kita di Malaysia sering mendengar khabar tentang kelemahan penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar Malaysia di Mesir.Dalam suasana ini, terdapat sekumpulan kecil pelajar Malaysia yang menuntut di Maahad Buuth Al Azhar sebelum ke Universiti Al Azhar.

Mereka kelihatan lebih bersedia mengikuti pengajian di Universiti Al Azhar hingga mampu tamat belajar tepat pada waktu yang ditetapkan disamping lebih mahir bertutur dalam bahasa arab, memahami setiap penyampaian pensyarah dengan tidak memakan masa yang lama dan lebih cemerlang berbanding lepasan STAM yang datang terus ke Universiti.

Justeru, Mempunyai STAM adalah satu kelebihan bagi mengikuti pengajian ke PRA UNIVERSITI (Thanawi) di Maahad Buuth  Al Azhar selaras dengan kaedah baru pengambilan Maahad Buuth yang dikuatkuasakan pada November 2017.

KELEBIHAN

  • Klinik memperbaiki Bahasa arab dari awal hingga mahir melalui modul Kursus Bahasa Arab AL NUHAS secara “home tuisyen”.
  • Pelajar akan menguasai empat kemahiran iaitu membaca, menulis, bertutur dan mendengar.
  • Pra Universiti di Maahad Al Azhar di Mesir.
  • Mengenali lebih ramai kenalan dari 80 negara lebih awal dan ia memberi kesan dalam kefasihan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan pelajar sebelum peringkat universiti lagi.
  • Buku teks di Maahad yang percuma dan tiada yuran pengajian tahunan
  • Kos sara hidup yang amat rendah
  • Lebih bersedia untuk mengikuti pengajian di Universiti Al Azhar kelak.
  • Layak ke Universiti AL AZHAR setelah selesai Sijil Menengah Tinggi Maahad AL AZHAR walau dengan apa keputusan yang dikira LULUS dan boleh memilih sebarang kuliah sastera atau sains sosial.

SYARAT :

  • Lulus STAM dengan memperoleh minima pangkat MAQBUL.
  • Masih berminat untuk ke Mesir
  • Tidak melebihi 23 tahun.
  • Tidak pernah disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah sivil atau terlibat dengan kesalahan juvana.
  • Mempunyai sandaran kewangan yang kukuh.

*Lepasan STAM yang tamat tempoh sah sijil atau yang melebihi dua tahun juga layak menyertai

BERTOLAK

Pelajar dijangka akan bertolak ke Mesir pada 1 Julai 2019 bagi pendafataran ke MAAHAD dan kursus persediaan melalui Modul Kursus Intensif Bahasa Arab AL NUHAS yang disediakan sebagai klinik pemulihan bahasa arab yang menggabungkan beberapa buku asas dan menekankan kemahiran bahasa yang empat disamping pelajar berpeluang mempraktikkan bahasa melalui interaksi secara langsung dengan masyarakat penutur jati.

Modul ini telah diguna pakai sejak disember 2017 dan memberi kesan kepasa peserta-pesertanya untuk menempuh peperiksaan kemasukan atau Imtitan Qabul Al Azhar.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi :

019 2512667

AL NUHAS EDUCONSULT

_______________________________________________________________________________________

Jom Sambung Belajar di Mesir:

KULIAH ULUM ISLAMIAH

MAAHAD AL AZHAR

KURSUS JANGKA PENDEK

FAKULTI PERUBATAN & PERGIGIAN