JOM KE MESIR

PIRAMID GIZA

PIRAMID GIZA

PANORMA SUNGAI NIL

PANORMA SUNGAI NIL

MASJID AL AZHAR

MASJID AL AZHAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

BELAJAR  –  MELANCONG

Mesir dikenali sebagai Kiblat Ilmu kerana kota Kaherah merupakan pusat pendidikan ilmu yang terulung di dunia.Satu ketika dahulu, ALGEBRA MATETAMIK dikenali di sini.Pusat pendidikan Islam bertaraf dunia yang banyak melahirkan ilmuwan dan pemimpin di serata dunia terletak di sini, AL AZHAR ASY SYARIF,sebagai benteng pertahanan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.Sastera arab juga berkembang pesat di sini.Ahmad Syauki Raja Penyair, Nagib Mahfuz Sasterawan Negara Mesir yang memenangi hadia nobel sastera antarabangsa antara nama-nama yang disebut di seluruh dunia arab apabila bercakap soal sastera arab.

Selain pusat pendidikan, Mesir juga adalah destinasi pelancongan yang menarik.Sungai Terpanjang di dunia, Sungai Nil yang bersejarah dengan kisah Nabi Musa dan Firaun, dan di sinilah antara lahirnya ketamadunan awal dunia yang dikenali sebagai Tamadun Nil.

Piramid Giza yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia juga terdapat di sini.Semenanjung Sinai (Selatan Sinai) yang kaya dengan sejarah Bani Israel dan Nabi Musa, Laut Merah yang bersejarah dan kaya dengan terumbu karangnya tersenarai dalam peta pelancongan pantai dunia yang terkenal.

Firman Allah S.W.T :

“Masuklah kamu ke negara Mesir, Insyaallah kamu akan mendapat keamanan”.

Untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pelancongan ke Mesir, sila ke ruangan “Melancong”.

JOM KE MESIR !!!!

 

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments