Maahad Buuth AL AZHAR

PENGENALAN

1.Maahad Buuth Islamiah adalah Sekolah Menengah Tinggi Antarabangsa di bawah kelolaan Al Azhar sepenuhnya.

2.Pada tahun 1940 an hingga 1960 an, kebanyakkan rakyat Malaysia menyambung pengajian di Maahad Buuth sebelum ke Universiti Al Azhar.

3.Kesannya, mereka menguasai bahasa arab dengan baik kerana berada dalam suasana pengajian berbahasa arab seawal di peringkat menengah.

4. Pada hari ini, Bahasa Arab bukan sahaja bahasa pengajian dan rujukan agamawan, bahkan bahasa hubungan diplomatik untuk hubungan dunia arab dan hubungan perniagaan bahkan profesional.

5.Justeru, AL NUHAS EDUCONSULT mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengurusan pelajar ke Maahad Buuth dan ditambah program FAST TRACK TO UNIVERSITY AL AZHAR bagi melahirkan Profesional Muslim yang berwibawa.

SYARAT

6.Berumur antara 13 hingga 30 tahun.

7.Berwarganegara Malaysia dan beragama Islam serta minat untuk mempelajari ilmu agama.

KAEDAH PENERIMAAN MASUK

8.Pelajar akan terus masuk ke peperiksaan ujian kemasukkan yang menentukan tahap penguasaan bahasa arab atau (الامتحان اللغوي) SETELAH urusan file selesai.Rekod cemerlang AL NUHAS EDUCONSULT pada tahun 2019 menyaksikan pengurusan file pelajar selesai dalam DUA hingga TIGA minggu sahaja.Tiada istilah pelajar akan dibuang jika gagal.Pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa arab akan mendapat level yang sesuai dalam peralihan atau Maahad Dirasat Khassah.

9.Jika pelajar perlu ke peralihan, terdapat 4 level pengajian asas bahasa arab:

Mubtadee El Awwal (Elementary 1) tempoh masa pengajian 45 hari

Mubtadee El Thani (Elementary 2) tempoh masa pengajian 45 hari

Mutawasset El Awwal (Intermediate 1) tempoh masa pengajian 45 hari

Muawasset El Thani (Intermediate 2) tempoh pengajian 45 hari

10.Jika pelajar memperoleh peratusan yang lebih tinggi dan layak terus ke Maahad tanpa perlu ke Maahad Dirsat Khassah (peralihan), pelajar akan menduduki Peperiksaan Penentuan Kelas (الامتحان تحديد المستوى) atau terkenal dengan nama MUSABAQAH.

11.MUSABAQAH kali pertama akan menilai pelajar sama ada layak ke :

  • Idadi Awal (Tingkatan satu rendah)
  • Idadi Thani (Tingkatan dua rendah)
  • Idadi Thalith (Tingkatan tiga rendah)

12.Jika pelajar mempunyai peratusan yang tinggi, pelajar akan layak memasuki MUSABAQAH KEDUA untuk menentukan sama ada layak ke :

  • Thanawi awwal (Tingkatan satu tinggi)
  • Thanawi thani (Tingkatan dua tinggi)
  • Thanawi thalith (Tingkatan tiga tinggi)

13.Pelajar yang lulus dalam MUSABAQAH PERTAMA dan layak dapat Eidadi Dua, boleh menyertai program FAST TRACK TO UNIVERSITY AL AZHAR.Pelajar akan berada di Maahad selama tiga tahun sahaja berbanding timeline asal, lima tahun sebelum ke Universiti Al Azhar.

14.Pihak AL NUHAS EDUCONSULT akan memantau pergerakan pelajar.Tutorial Bahasa Arab dan Tahsin diteruskan selepas kelas di Maahad Buuth.

15.UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR BAGI TAHUN 2019, TRIP TERAKHIR IALAH 29 DISEMBER 2019. DAFTAR SEKARANG….

UNTUK MAKLUMAN LANJUT, HUBUNGI ;

+6 0192 6000 92 (Malaysia)

+2 010 2247 1009 (Mesir)

AL NUHAS EDUCONSULT

___________________________________________________________________________________________

Jom Sambung Belajar di Mesir:

KULIAH ULUM ISLAMIAH

MAAHAD AL AZHAR

KURSUS JANGKA PENDEK

FAKULTI PERUBATAN & PERGIGIAN