CALON PELAJAR ULUM SELIAAN AL NUHAS SELESAI IMTIHAN QABUL

KAHERAH 19 OKTOBER – Seramai 4 orang pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan seliaan AL NUHAS telah menduduki ujian Imtihan Qabul atau Ujian Penentuan Tahap Penguasaan Bahasa Arab di Pusat Bahasa Syeikh Zayed untuk bukan Penutur Jati.Pusat berkenaan adalah pusat asasi AL AZHAR yang menawarkan pengajian sebanyak tujuh peringkat dari permulaan (Mubtadee) hingga ke cemerlang (Mutamayyiz).Pelajar akan berada di pusat ini bagi sesi pengajian 2019/20 seterusnya ke Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al Azhar pada sesi 2020/21 yang akan bermula pada september 2020.