PROGRAM FAST TRACK KE UNIVERSITI AL AZHAR DILANCARKAN

KAHERAH 10 OKTOBER 2019 – Sesuai dengan dasar yang sedang dilaksanakan di Maahad Buuth AL AZHAR, lima orang pelajar lelaki yang telah mendapat tempat di Eidadi Tiga menyertai program FAST TRACK KE UNIVERSITI AL AZHAR.Program ini akan memendekkan jangka masa pengajian di Maahad Buuth Al Azhar dari lima tahun kepada hanya tiga tahun.

Para pelajar telah memulakan sesi pengajian mereka di Maahad Buuth.Kelas wajib setiap hari adalah dari jam 8 pagi hingga jam 2 petang waktu Mesir.Dalam pengajian formal ini, mereka mempelajari sukatan pelajaran Eidadi dua sahaja.Sebalik selesai kelas, pelajar terus ke pengajian sebelah petang bersama tenaga pengajar Maahad Buuth di luar kelas pada jam 3 petang hingga enam petang untuk mempelajari sukatan pengajian Eidadi tiga.

Pelajar dijangka akan menghadapi peperiksaan eidadi dua pada bulan mei 2020 manakala musabaqah atau ujian lompat kelas diadakan dalam bulan jun 2020.Jika lulus, pelajar akan terus ke Thanawi satu.