PELAJAR TRIP JULAI 2019 MULA BELAJAR

KAHERAH 26 Sept 2019 – Kesemua calon pelajar Maahad Buuth yang tiba pada 2 Julai 2019 telah diterima masuk ke kelas masing-masing berdasarkan perestasi ujian kemasukan yang diadakan baru-baru ini.Lima dari mereka telah diterima terus masuk ke Maahad Buuth tanpa peralihan atau ke Maahad Dirasat Khassah.Manakala bakinya diterima masuk ke peralihan atau Maahad Dirasat Khassah.

Menariknya kali ini, kesemua pelajar yang diterima masuk ke Maahad Buuth adalah terus ke Eidadi Dua.Ini memberikan peluang kepada mereka untuk belajar bertungkus lumus untuk menamatkan pengajian di Maahad seminima tempoh yang boleh.

Sehubungan dengan itu, AL NUHAS EDUCONSULT melancarkan program FAST TRACK TO UNIVERSITY OF AL AZHAR di mana para pelajar akan mengikuti kelas tambahan sebaik usai pengajian rasmi di Maahad, dari jam 3 petang hingga 8 malam, lima hari seminggu.Waktu rasmi pengajian di Maahad Buuth adalah pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

Justeru, program penghantaran pelajar ke Maahad Al Azhar Mesir akan diteruskan pada bulan Disember 2019 ini.Pendaftaran masih dibuka dan bagi sesiapa berminat boleh terus hubungi Pengurus AL NUHAS EDUCONSULT , +60192 6000 92 dan ibu bapa boleh juga buat appointment untuk sesi khidmat konsultasi percuma.