AL NUHAS ANJUR PERCUTIAN PELAJAR DI MESIR

 

Sebagai sebuah konsultan pendidikan yang memberi khidmat perundingan pendidikan kepada ibu bapa penjaga pelajar dan mengurus selia para pelajar yang dimanahkan, AL NUHAS tidak berlepas tangan untuk menjalankan tanggungjawbanya.Justeru, pihak AL NUHAS faham dan bertindak merancang aktivit memandangkan Mesir di peringkat negara telah mengumumkan seperti biasa, cuti semester pertama atau cuti musim sejuk  bermula 19 Januari hingga 2 Februari 2018.

Justeru, sebagai memenuhi kehendak para pelajar, AL NUHAS akan menganjurkan percutian musim sejuk di Selatan Sinai pada 28 hingga 31 Januari.Uniknya pada kali ini, terdapat penyertaan dari kalangan ibu bapa pelajar yang dijangka turut bersama dalam pakej percutian tersebut.

AL NUHAS dengan kerjasama SAKURA TRAVEL & TOURS EGYPT akan mengadakan lawatan sambil belajar di Saint Catherine atau Jabal Musa, tempat di mana nabi musa bermunajat selama empat puluh hari kemudian ke Dahab bagi meneruskan misi percutian.

Percutian ini adalah merupakan satu kembara yang agak mencabar di mana para peserta akan menawan puncak gunung setinggi 2245 meter dari aras laut.Sebelum itu, peserta dijangka akan melalui beberapa kawasan sejarah termasuk Terusan Suez, Kubu Bar Lev Israel yang ditawan oleh tentera Mesir ketika perang enam jam atau perang 6 Oktober 1973 dan pelbagai tempat lain yang menarik.

Peserta juga bakal dibawa mengimbau ke alam zaman Nabi Musa dengan memberi pendedahan tentang Exodus atau Khuruj Bani Israel dari Mesir serta konsep asas yang mesti diketahui kerana ia melibatkan sejarah yang berkait dengan kaum itu pada hari ini.

Lima pendedahan Eksklusif berdasarkan kajian bakal didedahkan kepada peserta :

1.Penerangan tentang Exodus

2.Dimanakah Lokasi sebenar Uyun Musa atau air mata air untuk 12 asbat (kabilah) Bani Israel?

3.Apakah masih wujud AL MANNA WAS SALWA?

4.Lokasi kisah Bani Israel yang disesatkan selama 40 tahun dan lokasi AL BAQARAH atau LEMBU Bani Israel seperti yang dirakam oleh AL QURAN AL KARIM.

5.Kisah Nabi Musa dan Nabi Kheideir (Majmak El Bahrain) seperti yang dirakam dalam surah AL KAHFI.

Peserta juga dijangka bakal menikmati pengembaraan padang pasir DAHAB dengan menaiki ATV selain pengembaraan di kawasan CANYON dengan menaiki kenderaan 4 by 4 selain berpeluang menerokai laut merah di Blue Hole Dahab melalui akitiviti Snorkeling.

Porgram ini diuruskan oleh team work AL NUHAS sepenuhnya dengan bantuan pihak travel di Mesir dan pihak keselamatan.Ketua team work program ini berpengalaman menganjurkan program seumpama ini sejak 2009 lagi dan berterusan sejak 2011 hingga kini.