KUMPULAN KEDUA SELAMAT SAMPAI KE MESIR

AL HAMDULILLAH, kumpulan kedua pelajar AL NUHAS sesi 2017/18 selamat sampai ke Mesir yang terdiri dari pelajar-pelajar pelbagai jurusan sama ada Perubatan (Medic) di Universiti Al Azhar, Pergigian (Dentist) Universiti Al Azhar dan Universiti Alexandria,  Persediaan Dirasat Khassah Maahad Buuth.

Kumpulan September 2017 adalah Trip kedua pengambilan pelajar bagi sesi 2017/18 di mana AL NUHAS mempunyai tiga kali pengambilan pelajar setahun, Julai, September dan Disember.

Didoakan semoga mereka dapat mengikuti pengajian dengan cemerlang seterusnya kelak berbakti kepada tanah air.