PELAJAR AMBILAN JULAI UNTUK BUUTH

IMG_4850

BATCH JULAI 2017 untuk persediaan DIRASAT KHASSAH telah selamat tiba di Mesir.Kumpulan mereka kali ini  diketuai oleh Saudari Farah Liana, Medical Student Universiti Al Azhar yang pulang awal ke Kaherah untuk mengikuti peperiksaan dua subjek bagi tahun pertama.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 10 pagi, 31 Julai.Mereka ditempatkan di Center dalam masa sebulan sebelum dipindahkan ke rumah sewa mereka dengan kontrak sewaan selama setahun.

Pengambilan pada tahun ini telah mengambil kira sistem penerimaan baru MAAHAD AL AZHAR dan mereka akan mengikuti modul persediaan AL NUHAS untuk persiapan sebelum ke Dirasat Khassah.

Selain modul, S.O.P pengambilan dan pengurusan pelajar dikemaskini sesuai dengan keadaan semasa dan pengalaman terdahulu.Syarat utama pengambilan kali ini ialah :

1 – Berumur 14-34 tahun.

2 – Tidak merokok

3 – Tidak pernah terlibat dalam jenayah Juvana mahupun Sivil.

4 – Pelajar lepasan Pusat Tahfiz yang menghafaz sekurang-kurangnya 5 juzu.

5 – Ibu bapa yang mempunyai sandaran kewangan yang kukuh.

Semoga mereka dapat segera menyesuaikan diri dengan suasana sekitar di Kaherah dan seterusnya mendapat suasana pengajian yang kondusif.