SISTEM BARU PENGAJIAN DI DIRASAT KHASSAH (PRA BUUTH)

HARI INI 11 Oktober 2016, pihak AL NUHAS EDUCONSULT dengan bantuan Jawatankuasa Ekonomi Dewan Rakyat Mesir, Consular Ahmad Higazi telah mengadakan pertemuan dengan Pengetua (3Amed) Pusat Pengajian Dirasat Khassah Al Azhar dan beberapa timbalan kanannya.

Pihak Al Nuhas dmaklumkan bahawa AL AZHAR sedang menyusun semula silibus dan korikulum pengajian di Dirasat Khassah justeru proses kemasukan yang baru akan diperkenalkan.

Seperti sedia maklum, Dirasat Khassah adalah peringkat pengajian asas yang wajib diikuti sebelum masuk ke Maahad Buuth.

Justeru, pendaftaran baru bagi sesi 2016/17 agak lewat ekoran sistem baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Berdasarkan sistem baru kelak, semua pelajar wajib mengikuti kelas di Dirasat Khassah berdasarkan peringkat-peringkat berikut :

MUBTADI AWWAL (1st Beginner)
MUBTADI THANI (2nd Beginner)
MUTAWASSIT AWWAL (1st Intermediat)
MUTAWASSIT THANI (2nd Intermediat)
MUTAQADDEM AWWAL (1st Advanced)
MUTAQADDEM THANI (2nd Advanced)
IMTIYAZ (EXCELLENT)

Tempoh setiap peringkat adalah selama 45 hari dan kedatangan pelajar adalah wajib.Ketidak hadiran yang melebihi 5 hari tidak akan dibenarkan masuk.

Kelayakan untuk ke Maahad Buuth berdasarkan peratusan yang diperoleh kelak.Jika calon berjaya memperoleh lebih 65 peratus, pelajar akan layak ke Thanawi manakala sebaliknya akan ditempatkan di i’dadi.

image

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *